• [VIDEO] Resepi Kek Coklat Moist!

    Favourite anak2.. Kek coklat moist yg sedap dan tak rasa muak dimakan 🥰

    Jom tengok resepi..

    Kek Coklat Moist

    Bahan

    1 1/2 cawan tepung gandum*

    1 sudu kecil baking powder*

    1/2 sudu kecil soda bikarbonat*

    1/2 cawan serbuk koko*

    – bahan bertanda* ayak bersama

    1 cawan minyak masak

    1 cawan susu cair

    1/2 cawan susu pekat

    1/2 cawan gula kastor – tak penuh

    1 sudu kecil garam

    1 sudu besar ovalette

    2 bji telur gred A

    Coklat rice – hiasan

    Cara2 menyediakan :

    👉🏻Blender semua bahan tidak bertanda hingga sebati

    👉🏻Tuang dalam bekas bahan tepung

    👉🏻Kacau2 guna whisk sampai sebati

    👉🏻Boleh tambah sedikit coklat emulco untuk gelapkan lagi kek

    👉🏻Boleh tambah sikit coklat rice dalam adunan kek untuk rasa lebih moist

    👉🏻Tuang adunan ke dalam loyang 8×8 yg sudah disapu sedikit butter

    👉🏻Balut penutup pengukus dengan kain – jika suka

    👉🏻Kukus kek selama 1 jam api sederhana

    Topping – double boiler

    150g coklat beryls*

    1 cawan susu cair*

    1/2 cawan susu pekat*

    1 sudu besar shortening – jika suka

    👉🏻Satukan bahan bertanda* dulu.. kacau2 bagi larut

    👉🏻Bila coklat sudah larut bersama susu.. masukkan shortening.. kacau2 lagi bagi rata

    👉🏻Biar kek & topping agak suam baru tuang topping atas kek

    👉🏻Boleh guna separuh adunan topping tu dulu.. kemudian masukkan kek dalam peti sejuk dalam 30 minit.. keluarkan tuang lagi baki topping

    #myfoodie #kekcoklat

    #kekcoklatmoist #resepisimple

    #Malaysia #dapurkakzura