• [VIDEO] Tea Time Recipe: Cucur Bom Manis 4 Bahan Asas Je!

    Hai korang semua 🥰 kalau korang kering idea tak tahu nak masak apa untuk tea time korang cubalah cucur bom manis ni. Simple je dan semua pun boleh makan.

    Cucur ni sedap di makan begitu sahaja atau cecah dengan sambal bilis dan sambal sardin.

    Bahan asas yang kita gunakan 4 sahaja. Tapi korang ada option untuk tambah sedikit garam dan susu pekat. Kalau tak masukkan susu pekat boleh lebihkan gula.

    Bahan bahan

    – 2 cawan tepung gandum

    – 6 sudu besar gula ( atau 3 gula,3 susu pekat)

    – secubit garam (option)

    – 1 sudu yis

    – air secukupnya

    Bancuhan mestilah tak pekat dan tak cair. Rehatkan adunan 30 minit supaya yis berinteraksi.

    Selamat mencuba guys! Semoga bermanfaat ❤️