• Deko Simple Bilik Anak Lelaki

    Deko Simple Bilik Anak Lelaki
    Deko Simple Bilik Anak Lelaki
    Deko Simple Bilik Anak Lelaki
    Deko Simple Bilik Anak Lelaki

    Anak sulong sis dah bujang, so memang asingkan bilik tidur dia sorang je. Dengan saiz bilik yang tak begitu besar , sis hanya deko simple sahaja , yang penting nampak kemas dan teratur. Hanya ada Katil single, meja belajar , rak buku dan almari baju sahaja. Dah besar ni tak la pening kepala fikir pasal toys anak pula kan hehe.

    Cat dinding kita design jadi 2 layer nampak lain dari yang lain sedikit. Cat menggunakan cat Nippon paint warna seakan Nude dan cream . Pemilihan warna cerah akan menampakkan bilik yang kecil nampak lebih luas.

    Meja belajar pun simple sahaja, sis deko dengan meletakkan box-box organizer untuk stationery, boleh beli di shopee. Pegboard untuk noted , sis beli di Ikea , besar juga dan sangat berbaloi. Bahagian atas, ada 2 shelves dari Ikea. Atas tu buku-buku, fail-fail penting.