• Kari Ayam Paling Mudah

    Kari Ayam Paling Mudah
    Kari Ayam Paling Mudah
    Kari Ayam Paling Mudah

    Hola! Hey guys. Antara menu yang senang dan cepat nak buat ialah Kari Ayam. Tak perlukan banyak bahan tapi tetap sedap. 🍲

    Jom Iza share dengan korang cara nak buat Kari Ayam yang mudah dan cepat. Let’s go!🖐🏻

    Baha-bahan:

    5 ketul ayam

    1 ½ sudu serbuk kari (dibancuh dengan air)

    1 senduk santan

    Ѕ biji bawang besar (dihiris nipis)

    1 ulas bawang putih (dihiris nipis)

    Sedikit halia (dihiris nipis)

    1 biji kentang (dipotong 8)

    Cara-cara:

    1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.

    2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.

    3. Masukkan ayam dan tutup periuk. Biarkan masak seketika.

    4. Tambahkan santan dan gaul sebati.

    5. Masukkan kentang dan air. Gaul sebati dan biarkan mendidih hingga kentang masak.

    6. Masukkan garam dan biarkan mendidih sekejap sebelum tutup api.

    Siap! Cepat dan mudah kan? Sedap dan kenyang bila makan dengan nasi putih. Nak makan dengan roti jala pun sedap juga. 👍🏻

    Apa-apa pun selamat mencuba! 🥳