• Hair Product that WORTH to buy!! ️

    Hair Product that WORTH to buy!! ️
    Hair Product that WORTH to buy!! ️
    Hair Product that WORTH to buy!! ️
    Hair Product that WORTH to buy!! ️

    Hello everyone!! Its me myra again hehe. Today i nak share the very best topic untuk korang specially siapa siapa yang ada masalah rambut rosak akibat bleach dan rambut nipis gugur 😢 these product are very very recommended as i dah tried it so many times already! I bagi 5 star ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

    Heres on how penjagaan rambut yang betul mengikut susunan 👇🏻

    1. shampoo ( Diane )

    ⁃ shampoo di bahagian kulit kepala. Gosok gosok jangan terlalu kuat ya. Cukup sekadar untuk membersihkan kulit kepala. Buih yang berbaki tu, korang bawa kan ke bawah dan boleh shampoo satu kepala jugak. Tapi, fungsi sebenar shampoo adalah untuk kulit kepala. Ingat tu!! 🤌

    2. Conditioner ( Diane )

    ⁃ selepas shampoo, letak conditioner dekat bahagian bawah rambut sahaja. Jangan kena kulit kepala pulak, nanti kulit kepala tu menggatal dan rosak. Letak dibahagian bawah rambut je tau selama 5 minit. And rinse balik. Fungsi conditioner adalah untuk melembutkan rambut yang kering atau frizzy 👌

    3. Hair Mask ( Lucido )

    ⁃ Hair mask apply dekat sama bahagian letak conditioner tadi. Cumanya, beza hair mask adalah untuk merawat balik semua rambut bercabang, rosak, dan keras. Untuk effect yang lebih effective, i galakkan untuk pakai 20 minutes! Whenever korang have a free time okay 😍 nanti rambut korang akan sangat sangat lembut dan longlasting lembut nya! Hehe my fav fav favvvv 🤭

    4. Hair Tonic ( Seborin tonic )

    ⁃ This hair tonic sangat recommended untuk those yang nak melebatkan rambut. Korang pakai sekali je dah nampak beza tau! Pakai waktu rambut 2/4 basah. Sebelum keringkan rambut tu, pakai hair tonic ni. Kepala akan rasa sejuk dan mampu melebatkan rambut korang tau 😘 dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru yang sihat! 👍

    5. Hair Kerantin spray ( Lucido )

    ⁃ Hair spray ni melembutkan rambut korang lagi dan lagi. I selalu pakai lepas hair tonic and baru kering kan rambut atau set rambut. Lucido spray ni ada argan oil yang mampu protect rambut daripada over heating. Bau pun wangiiii sangat tau 🥰

    6. Hair serum ( Lucido )

    ⁃ Okay this hair serum is multi uses! Korang boleh guna time rambut basah atau rambut kering. Fungsi hair serum ialah melembabkan rambut dan menguatkan rambut dari putus putus! Bau pun sangat wangi and senang nak bawa kat mana mana 😚 whenever korang rasa rambut tu dah kusut atau tak terurus, boleh je pakai anytime! Rambut akan nampak lagi smooth, silky and shiny! 😍😍😍

    Okay tu je hair product recommendations from me yang korang worth to buy! Semua ni korang boleh try beli kat watsons, guardian atau website diorg ok! Takkan menyesal punya, the result is macam baru keluar saloon 💯 hehehe!