• [VIDEO] SEDAP SANGAT KORANG WAJIB TRY

    KEPAK AYAM MADU ALA PASAR MALAM

    Siapa meminat ayam madu pasar malam? Jom hadirkan diri 😋

    Bahan-bahan :

    ✨7 ketul kepak ayam

    ✨4 ulas bawang putih (kisar/tumbuk halus)

    ✨2 inci halia (kisar/tumbuk halus)

    ✨1sb stok ayam / 1 kiub ayam

    ✨1sk garam (boleh lebihkan or kurangkan)

    ✨2sb gula

    ✨1sb lada hitam

    ✨1sb serbuk cili

    ✨2sb sos tiram

    ✨2sb sos bbq

    ✨3sb madu

    ✨3sb minyak

    🔹Lebihan perapan + sedikit air

    🔹Kicap manis

    🔹Madu

    🔹Air bancuhan tepung jagung (ikot tahap kepekatan masing2)

    Cara-cara :

    📍Perap ayam dengan semua bahan bertanda ✨. Perap sekurang-kurangnya 1 jam ataupun semalaman.

    📍Cucuk ayam kat bbq skewer & bakar ayam sehingga masak.

    📍Sesekali boleh sapukan bancuhan lebihan perapan & madu.

    📍Untuk sos, sis satukan semua bahan 🔹. Masak sehingga pekat.

    📍Siap. Mudah dan pantas. Semestinya sedap 😋

    Selamat mencuba 🍛