• [VIDEO] Resepi best.. mudah buat

    Roti goreng inti coklat, Rangup diluar melting di dalam..😋🤤

    Bahan senang nak dapat, mudah nak buat, cepat dan semestinya sedap 😋😋

    Bagi ibu2 yang dah kurang idea untuk buat sarapan pagi atau bekalkan anak2 ke sekolah.. roti goreng kiranya amat sesuai

    Resepi mudah guna dua bahan

    Roti gardenia

    Coklat cadbury

    Cara2 :

    💧Ambil sekeping roti gardenia

    💧Letak coklat cadbury kat tengah2 roti

    💧Lipat roti jadi 3 segi.. kemudian tekap guna cawan/gelas

    💧Sudah siap tekap boleh ready panaskan minyak untuk menggoreng.. kalau tak ia akan serap minyak

    💧Minyak dah betul panas bolehlah goreng roti tadi sehingga keperangan

    💧Sudah siap!!! boleh la ngapp 😋😋

    💧Buat ni lebih kurang macam aiskrim goreng, tapi aiskrim kena bekukan dulu baru goreng.. yang ni lepas buat terus goreng

    Selamat mencuba 😍