• [VIDEO] Nuttella pancake

    #nuttellapancake #pancakes #pancakeviral #pancakeresepi

    Pancake Gebu.

    Mudah dan paling best nie je kueh yang saya pandai buat😅. Ulang banyak kali masak bagi mahir. Buat satu adunan payah nak cukup, jadi nye kita buat dua adunan.

    Bahan bahan nye

    1 cawan tepung gandum

    ½ cawan serbuk koko

    1 sudu kecil baking powder

    1 biji telur

    1 cawan susu segar

    2 sudu besar gula (nak lebih atau kurangkan pun boleh)

    1 sudu minyak masak

    Cara masak

    1. Satukan tepung gandum, koko dan baking powder.

    2. Asingkan kuning dan putih telur

    3. Pukul putih telur hingga kembang dan putih.

    4. Dalam bekas lain campur kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati

    5. Masukkan minyak dan susu tadi dalam bahan no 1. Kacau sebati

    6. Masukkan putih telur dan kacau kaup balik.

    7. Sedia dimasak atas pan anti lekat dengan api sederhana.

    Menu nie buat breakfast, minum petang dan makan malam pun boleh. Tak jemu makan, saya suka buat kurang manis.

    Pancake nie memang gebu dan lembut tau😋.