• Sunscreen Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?

    Sunscreen Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?
    Sunscreen Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?
    Sunscreen Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?

    Sunscreen Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?
    Sunscreen Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?

    Hello love!!!

    It’s me Sha,

    so for today’s topic yang I nak share with you guys is CARA MEMILIH SUNSCREEN MENGIKUT JENIS KULIT ✨

    So before we start… why kita kena pakai sunscreen??!!!

    Tujuan utama kebanyakan dertamologist menasihati semua untuk memakai sunscreen adalah disebabkan sinaran UVA dan UVB yang datangnya daripada matahari. Walaupun matahari sangat penting dalam kehidupan kita tetapi sinarannya boleh merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan lebih cepat. Oleh itu, pemakaian sunscreen amat digalakkan dalam pengunaan harian kita. Sebenarnya ia adalah WAJIB! Penting mencari sunscreen yang ada SPF dan PA juga.

    1. KULIT SENSITIVE/BERJERAWAT

    Lebih baik memilih physical sunscreen kalau mempunyai kulit sensitif. Ini kerana physical sunscreen bertindak dengan menjadi pelindung kepada kulit dengan menyekat UV rays. Oleh itu, physical sunscreen kekal di outermost layer kulit tanpa menyerap ke dalam kulit.

    Seperti mereka yang mempunyai kulit sensitif, pilih physical sunscreen yang mempunyai bahan mineral sunscreen, seperti zinc oxide atau titanium dioxide. Antara faktor mempunyai kulit berjerawat juga adalah kerana kulit berminyak, oleh itu pilih water-based sunscreen yang ringan untuk memberi kulit bernafas tanpa menutup pori.

    2. KULIT NORMAL

    Untuk korang yang jenis kulit normal memang sangat mudah untuk memilih sunscreen sebab semua jenis sunscreen boleh pakai. Sama ada spray sunscreen, cream atau stick sunscreen pun masih sesuai dengan jenis kulit normal.

    3. KULIT BERMINYAK/COMBINATION

    Elakkan sunscreen yang mempunyai texture yang creamy. Sunscreen macam ini selalunya melekit dan berat untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak. Seeloknya cari sunscreen yang water-based dan mempunyai label ‘ultra-light’. Lebih bagus kalau cari sunscreen yang mengandungi bahan tea tree oil atau niacinamide untuk membantu kulit you mengawal minyak.

    4. KULIT KERING

    Sunscreen untuk mereka yang kulit kering, cari yang mempunyai bahan-bahan yang melembapkan seperti

    hyaluronic acid atau glycerine.