• Resepi Ayam Korea Mudah & Cepat

    Resepi Ayam Korea Mudah & Cepat
    Resepi Ayam Korea Mudah & Cepat
    Resepi Ayam Korea Mudah & Cepat

    Hi semua, back with Nad with cooking content today 🥰 Harini Nad nak share mcm mana nak masak ayam korea kegemaran korang 😆 Yang suka makan ayam korea ni jgn skip this post!

    Sebenarnya kalau buat kat rumah lagi berbaloi and untung tau. Ayam korea kt kedai biasa pun paling2 harga RM10-12 satu box. Tu pun 6 ketul je 😫 Korang jgn bazir duit, buat kat rumah je la. Meh Nad share step by step.

    Bahan-bahan:

    Ayam

    Bawang putih (tumbuk)

    Sos korea

    Tepung ayam

    Sos cili

    Cara-cara:

    1. Perap ayam dengan bawang putih yang sudah ditumbuk selama 15 minit.

    2. Celup ayam dua kali dalam tepung.

    3. Goreng ayam dalam minyak penuh yang panas.

    4. Biarkan ayam sehingga garing dan toskan minyak.

    5. Masukkan ayam dalam mangkuk kemudian masukkan sos korea dlm kuali.

    6. Masak sos korea dengan satu sudu minyak goreng ayam yang panas tadi.

    7. Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit sos cili.

    8. Balikkan ayam kemudian ayam korea sudah boleh dihidang dalam mangkuk!

    Senang kan? Korang makan ni dengan nasi panas mesti bertambah! 😭 Sos korea tu beli yang brand dalam paket je warna biru. Adabi pun okay cuma pedas la. Try this and makan kenyang2 k! ❤️