• [VIDEO] 10 minit Garlic Chilli Noodles For Dinner

    Hai semua .. mesti takde idea kan cuti sekolah ni nak masak apa lah untuk dinner. Nak2 lagi mak macam Nurul ni, bekerja. Balik kerja nk kena siapkan dinner.

    Ni dia Nurul nak share idea dinner yang sangat simple, tapi sedap tau. My kids suka sangat 😍

    Nak buat pun mudag je, 10 minit dah siap.

    Garlic Chilli Oil Noodles

    🌿 2 roll mee kering

    🌿 4 ulas garlic cincang

    🌿 3 helai daun bawang cincang

    🌿 2 biji cili padi (boleh skip)

    🌿 3 sudu besar serbuk cili kasar

    🌿 1 kiub pati ayam

    🌿 1/2 cawan minyak dipanaskan

    🌿 2 sudu besar kicap manis

    🌿 2 Sudu besar sos tiram

    ⭐️ boleh tambah gula jika suka

    ⭐️ telur mata utk hidangan

    Hati2 dengan minyak panas tau, pastikan guna mangkuk tahan panas.

    Selamat mencuba 😘