• MACARONI GORENG SIMPLE

    MACARONI GORENG SIMPLE
    MACARONI GORENG SIMPLE
    MACARONI GORENG SIMPLE

    Hi all, harini i busy sangat sampai taktahu nak masak lauk apa. Bila nampak macaroni dlm drawer terus dapat idea nak buat macaroni goreng.Simple je dan anak anak pon suka makan. Sedap sangat!

    Bahan bahan diperlukan :

    2cawan macaroni

    1 botol kecil sos pasta cendawan (Kimball)

    1biji bwg merah cincang

    4-5 ulas bwg putih cincang

    1 keping daging kisar

    garam

    brocolli

    Cara cara nak buat 👩‍🍳

    1. Memula sekali korang rebus la dulu macaroni tu dengan air, letak garam sikit & minyak sikit dlm dua sudu gitu.

    2. Lepas tu korang dah rebus toskan air rebusan letak tepi.

    3.Korang start la tumis bawang merah bawang putih tu sampai layu.

    4.Masukkan pula daging kisar tu cincang cincangkan halus. Tumis la sampai daging tu masak elok.

    5. Lepastu masukkan sos pasta cendawan sebotol tu kacau kacau.

    6. Perisakan dengan garam.

    7. masukkan terus macaroni tebus dengan brokoli.

    kacau sebati ratakan semua bahagian.

    8.Masak dalam 5minit mcm tu dah boleh tutup api. Sedia dihidang.

    korang jangan tak cuba pula sedap tau. Mudah cepat. Bila takda idea boleh juga buat bekal untuk anak anak ke sekolah dan bekal kita ke tempat kerja kan. Kenyang & healthy jugak mkn mcm ni. hehe. Selamat mencuba.