• [VIDEO] Rumah teres Minimalis

    Hai gd morning, cerita sikit pasal rumah ni..

    1- Rumah teres setingkat, ada tiga bilik tidur dan dua bilik air rumah tak besar saiz 20x65ft sahaja 🫣 boleh la setakat small family nak duduk. Oh waiitt i lupa i ada tambah satu attic dekat bilik tengah (loteng dalam bilik anak) Rumah ni harga tak cecah 200k pun.

    2- I deco simple simple sebab i nak nampak ruang tu besar, 🥹 i pilih warna warna yang soft untuk nampak keluasan dalam rumah tu. Cuma setengah benda tu je i main colour terang sikit macam wing chair, curtain n accent wall di dining table sebab i nak nampak ada bold sikit. 🥰

    3- I kurangkan perabut walaupn hati ni nak je tambah😂 tp i sabar kaysss sbb anak anak i masih dalam perangai yang tengah melasak lagi (2 hero okayss)🥲😂 and plus i memang nak kekalkan ciri ciri minimalis tu.

    4- Decoration yang sederhana, i tak letak deco yang sarat sebab i bukan dalam kategori kaki deco yang rajin mengemas dan mengelap benda benda tu semua kalau dah berhabuk nanti 🫣😂 i bukan rajin kayss..

    5- i suka perbanyakkan warna warna white, sebab tu la warna fav i 🥰🥰🥰 and i rasa warna tu warna paling sesuai buat ruang rumah i ni nampak lagi luas.

    6- i tak suka letak banyak warna kalau mendeco rumah ni sebab nanti akan mengusutkan lagi kepala otak i ni 😅🤭 kalau korang nak ruang korang nampak lebih simple, tenang , korang elakkan bermain dengan banyak warna ye 😁😁 cukup tiga atau empat warna je ye 🥰

    Ok gaiss.. i nak stop dekat sini dulu kays..