• INI SEBAB SINKI KORANG SELALU TERSUMBAT

    INI SEBAB SINKI KORANG SELALU TERSUMBAT
    INI SEBAB SINKI KORANG SELALU TERSUMBAT
    INI SEBAB SINKI KORANG SELALU TERSUMBAT
    INI SEBAB SINKI KORANG SELALU TERSUMBAT

    Salam and hi semua! 💗 Kalau boleh jangan pandang remeh ye kalau taknak sinki tersumbat! Laikha pernah kena pesan dengan tukang paip ye supaya avoid buang benda benda ni! Penting untuk ambil kira apa yang kita nak buang dalam sinki. Jangan ingat mentang2 air sinki mengalir laju je, kita boleh buang semua sisa-sisa bahan masakan dalam sinki! ❌

    Benda pertama yang paling wajib jangan buang dalam sinki adalah minyak masak. Sebab ia akan menyebabkan saluran kumbahan tersumbat kerana lebihan minyak dan lemak itu akan mengeras di dalam sinki.

    Yang kedua, adalah kulit telur. Sisa pecahan kulit telur boleh terkumpul dan melekat dengan sisa makanan yang lain yang mana akan menyebabkan saluran paip sink tersumbat.

    Akhir sekali, yang ni laikha rasa ramai yang buat, dah siap siap salut tepung, bancuh susu ke kan, lebihan tepung mesti basah dah tergumpal lepastu korang terus buang dalam sinki. Kalau boleh elakkan ya sbb ia boleh bergumpal dan melekat pada saluran paip.