• PENGALAMAN I MULAKAN BISNESS DARI RUMAH

    PENGALAMAN I MULAKAN BISNESS DARI RUMAH
    PENGALAMAN I MULAKAN BISNESS DARI RUMAH
    PENGALAMAN I MULAKAN BISNESS DARI RUMAH

    PENGALAMAN I MULAKAN BISNESS DARI RUMAH
    PENGALAMAN I MULAKAN BISNESS DARI RUMAH

    Hey girls. I nak sambung part 2 tapi story i nak share ni related dengan posting i tadi. So i share yang ni dulu sebelum i share part 2 ok.

    Ok macam mana i boleh mulakan bisness buat kuih raya ni sedangkan waktu i kerja office tu i sibuk sampai weekend pun kena kerja.

    Semua terjadi atas dasar nekad. Bila i rasa exausted sangat dengan kerja dan tak dapat bagi masa untuk anak i nekad untuk mula sesuatu yang baru.

    Once bila dah biasa pegang duit sendiri i memang kena ada duit sendiri dalam tangan. Dengan comitment kereta lagi dan beberapa comitment lagi i tak nak susahkan sesiapa termasuk suami.

    So since i memang suka buat biskut raya (tiap kali raya i akan buat 10 jenis kuih untuk rumah i, rumah mak dan rumah mertua) so i buat keputusan untuk mula bisness buat kuih tart nenas.

    Kenapa tart nenas?

    Nak bandingkan kuih lain i rasa yang ni dapat jual harga tinggi sikit sebab nak buat dia leceh kan.

    So i cuba beberapa resepi dan olah sikit-sikit dan hasilnya jadilah tart nenas istimewa i.

    Kalau korang nak tahu i buat jual ni semasa masih kerja office tau. Waktu bila i buat? Balik kerja i terus ke kedai barang bakeri dan sambung buat waktu malam sampai pukul 3 pagi. Pukul 5.30 pagi i dah bangun untuk buat bekal untuk i dan anak-anak.

    Sejujurnya hidup i agak huru hara masa tu. Dan dari situ juga i dapat dark circle yang kekal sekarang ni.

    I mula buat tart ni 2020 dan i resign dari office december 2021.

    Masa mula-mula i jual dekat family dan kawan je dulu. Lepas tu barulah diorang tolong promote dan i buat page sendiri dekat social media. Tapi sebab tart ni senang pecah i tak jual by pos so customer i cuma limit dekat klang valley saja.

    Dengan duit untung tu la i dapat upgrade oven dan beli mixer kitchen aid. Dan i ada saving dari hasil jualan tart nenas i.

    Sekarang i kerja freelancer dah tak sempat nak buat biskut atau kuih untuk jual. Kalau korang ada masa boleh cuba meniaga tart nenas jugak. Bagi i senang jugak nak laku tart nenas ni.

    Korang rasa patut tak i teruskan je bisnes tart nenas ni?