• RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?

    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?

    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?
    RM6 Je Dah Boleh Tengok Ikan Macam Aquaria KLCC?

    Hai semua!

    Nak bawa anak² atau 'date idea' tengok ikan dalam akuarium ala-ala Aquaria KLCC atau Petrosains tapi versi 'Rahmah' yang lebih murah?

    Jom kita ke PUSAT SAINS NEGARA di Bukit Kiara Kuala Lumpur!

    Di sini terdapat tarikan menarik seperti Akuarium Overhead Hidupan Air Tawar (Overhead Fresh Water Fish Aquarium) yang pertama di Malaysia!

    Terdapat lebih 200 ekor ikan pelbagai saiz di dalam akuarium ini yang terdiri daripada 15 spesis. Panjang terowong akuarium ni sepanjang 20 meter panjang, 8 meter lebar dan 4 meter kedalaman dengan saiz dengan isipadu air sebanyak 450,000 liter!

    Bukan kata budak-budak ja excited, abang yang dewasa ni pun teruja dapat tengok ikan dalam akuarium bermacam² jenis ni 😆

    Sejujurnya ni kali pertama abang masuk Pusat Sains Negara seumur hidup!

    Kalau masuk Aquria KLCC siap² la simpan RM45 seorang untuk dewasa, tapi kalau masuk Pusat Sains Negara ni cuma RM6 sahaja! Kadang² dia buat promo atau diskaun boleh masuk dengan harga RM3 je!

    Meh tengok harga untuk masuk ke Pusat Sains Negara KL:

    🔻Dewasa (13 tahun ke atas) : RM6

    🔻Kanak-kanak (7 – 12 tahun) : RM3

    🔻Warga emas : RM3

    🔻Kanak-kanak & bayi (3 tahun ke bawah) : Percuma

    🕜 Waktu Operasi PUSAT SAINS NEGARA

    Setiap Hari (Jumaat Tutup)

    9.00 pagi – 5.00 petang

    Tiket boleh dibeli secara dalam talian (online) atau boleh juga beli di kaunter tiket PSN. Boleh bayar secara tunai (cash) atau boleh juga guna kad debit/kredit.

    Di dalam Pusat Sains Negara ni juga terdapat tarikan lain seperti 'Dinasour Encounter' ala-ala Jurassic Park di tingkat 2 tapi yang tu pengunjung kena bayar tiket lain sebanyak RM15 seorang.

    Kalau datang hari minggu, abang nasihatkan untuk datang lebih awal kerana orang lebih ramai dari hari biasa. Kadang² ada rombongan sekolah berbelas-belas bas datang ke sini.

    Ada banyak permainan lain dalam Pusat Sains Negara ni yang boleh dicuba oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak, dan korang tahu tak ada 'kolam' atau 'swimming pool' untuk anak-anak mandi di sini?

    Nantilah abang kongsi dalam catatan lain. Kali ni kita nak cerita pasal akuarium je dulu 🤣

    Ikuti abang untuk lebih info & tips travel. Semoga bermanfaat!