• Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!

    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!
    Itinerary Bajet 3H2M di Penang Cara Student!

    Hai semua! Suka travel ke Penang? Siapa yang tak suka kan?

    Abang memang cukup minat dengan Penang ni. Pantai ada, tanah tinggi ada, sawah padi, kampung, bendang dan bandaraya besar semua ada!

    Selain makanan yang sedap, ada satu benda lagi yang abang suka pasal Penang ni, iaitu public transport dia! Satu-satunya negeri yang ada bermacam jenis pengangkutan awam dan yang paling unik sekali adalah feri!

    Kali ni abang nak kongsikan itinerary Penang dengan bajet student (murah-murah je) yang boleh korang cuba & ikuti.

    Ok sebelum tu abang nak kongsikan cara untuk ke Penang dahulu. Ada dua caralah, sama ada nak pandu kereta sendiri atau naik pengangkutan awam.

    Kalau dari KL, masa perjalanan untuk ke Penang mengambil masa 5-6 jam. Kos untuk bawa kereta sendiri anggarannya dalam RM120 sehala (RM70 minyak + RM50 tol), jadi pergi balik mungkin dalam RM240 begitu. Kalau naik kereta 4 orang, kongsi² mungkin kos untuk seorang dalam RM60-70 seorang.

    Bagi yang takde geng atau travel berdua, boleh je naik ETS dari KL ke Butterworth, kemudian tukar naik feri ke Georgetown. Kalau naik bas ekspress lagi senang, naik je dari TBS atau Hentian Duta terus ke Stesen Sungai Nibong di Penang. Kos tak sampai RM50 pun sehala.

    Dah sampai Penang, pengangkutan bukan lagi satu masalah. Di mana² tempat kita nak pergi boleh je guna bas Rapid Penang. Bayar RM2-3 sahaja, boleh tuju satu pulau tak kiralah Batu Ferringhi ke, Balik Pulau ke, Teluk Kumbar ke atau Aiport Penang sekalipun.

    Abang sejujurnya suka guna bas Rapid Penang ni. Tak payah sibuk buang masa cari parking & jalan jauh². Terus turun di destinasi yang kita nak tuju.

    Ok meh abang share ke mana korang boleh pergi & kat mana nak makan selama 3H2M di Penang.

    1️⃣ Hari Pertama (Georgetown)

    🥪 Sarapan : Roti Canai Argyl Road / Hutton Lane Roti Bakar. Kos – RM10/orang

    📸 Aktiviti : Ronda Georgetown Street Art (Armenian Street)

    Armenian Street terkenal dengan seni jalanan atau 'street art' yang pelbagai dan galeri yang memamerkan karya seniman tempatan dan luar negara.

    Pengunjung boleh berjalan-jalan di sepanjang jalan ini, mengambil gambar mural yang berwarna-warni dan membeli cenderamata di banyak gerai dan kedai yang menjual barang kraftangan buatan tangan dan produk tempatan.

    🍛Makan Tengahari: Restoran Hameediyah /Restoran Tajudin Hussein. Kos: RM10-15/orang

    📸 Aktiviti : Ronda Pasar Chowrasta

    Pasar Chowrasta merupakan salah satu pasar tertua di Pulau Pinang dan merupakan destinasi yang popular untuk kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong.

    Pengunjung boleh meninjau tengok banyaknya gerai yang menjual produk segar, daging, makanan laut, rempah-rempah, dan produk tempatan lain.

    Yang paling popular adalah jeruk! Di tingkat atas pasar ini terdapat kedai² buku terpakai di mana anda boleh mencari buku² lama yang berusia lebih 10-20 tahun di sini.

    🍝 Makan Malam : Medan Selera Padang Brown

    Kos : RM10-15/orang

    Di Medan Selera Padang Brown, Georgetown ni terdapat banyak peniaga yang menjual bermacam jenis makanan. Antaranya mee goreng, pasembor, nasi goreng, ABC semua ada. Abang cadangkan makan 'Ghani Pasembur' di sini. Harga lebih murah & lebih sedap berbanding di Padang Kota yang mahal.

    📸 Aktiviti Malam : Lepak di Padang Kota Lama

    Wajib singgah lepak di Penang. Padang Kota pun dah berwajah baru. Lebih mesra pejalan kaki dan boleh tengok pemandangan laut luas.

    Kalau berkunjung ke Penang, jangan lupa singgah di Padang Kota tak kira malam atau siang. Meriah dengan orang ramai bersiar di tepian laut.

    🔻🛌 Penginapan : 24 Kimberly

    Untuk penginapan bajet di Penang ni kita duduk di Georgetown la. Lebih murah dan jimat. Ada banyak hostel yang murah² menjadi persinggahan backpacker luar negara.

    24 Kimberly ni antara hostel yang terbaik. Bilik single room (bukan dorm ya) cuma RM50 sahaja semalam! Boleh tengok & tempah di Booking.com. Lepak 2 malam sini siap²

    📌 Google Maps/Waze: 24 KIMBERLY

    24, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang, Malaysia

    2️⃣ Hari Kedua (Penang Hill, Batu Ferrrighi & Teluk Bahang)

    🥪 Sarapan : Wahap Roti Canai / Ali Nasi Lemak

    Kos: RM5-8/orang

    📸 Aktiviti : Naik Penang Hill!

    Kalau nak lebih best sebenarnya naik Penang Hill selepas Subuh lebih kurang pukul 7.00 pagi macam tu baru boleh tengok sunrise!

    Tiket pun murah cuma RM3.00 sahaja kalau naik awal pagi sebelum pukul 8.00 pagi. Boleh lepak pekena ais kacang di Medan Selera Penang Hill sebelum turun!

    🍛 Makan Tengahari : Restoran Kapitan, Georgetown

    Kos: RM10-15/orang

    Kalau turun Penang mestilah cuba makan di Restoran Kapitan. Menu killer dia 'Chicken Milani' harus dicuba!

    📸 Aktiviti: Batu Ferringhi & Teluk Bahang

    Dah datang Penang mestilah pi Batu Ferringhi! Yang tak ada kenderaan boleh naik bas Rapid Penang dari Komtar (cari laluan Teluk Bahang) ke sini. Boleh la mandi pantai atau bergambar di tepi pantai. Petang² sunset lawa!

    Kalau ada masa boleh lajak ke Teluk Bahang. Boleh hiking Taman Negara Pulau Pinang, atau tengok 'Cat Beach' (Pantai Kucing) di sini. Ada juga Empangan Teluk Bahang yang boleh korang lawati.

    🍝 Makan Malam : Seafood Teluk Tempoyak, Batu Maung. Kos: RM15-20/orang

    Dah jemu makan nasi kandar, boleh je makan seafood di Penang. Ada banyak tempat lagi sebenarnya, Teluk Tempoyak salah satunya. Pemandangan malam boleh nampak Jambatan Kedua Pulau Pinang dari sini.

    3️⃣ Hari Ketiga (Balik Pulau)

    Hari terakhir di Penang kita ke belah Balik Pulau pulak yang bersuasana sawah bendang dan kampung.

    🥪Sarapan: Roti Canai Abah, Sungai Rusa, Balik Pulau. Kos: RM6-8/orang

    Sebuah warung kecil di tepi jalan dengan roti canai sarang burung yang dapat diterima tekak abang.

    Mai awal sikit sebab kebiasaannya beratur panjang selepas pukul 8.00 a.m. Ruang makan agak terhad. Selain roti canai sarang burung, roti canai biasa pun ada.

    📸 Aktiviti : Mural Kontena, Kg Terang Balik Pulau

    Ada sebuah mural kontena yang terletak di tengah sawah Kg Terang yang menjadi tarikan pengunjung ke Balik Pulau.

    📸 Aktiviti : Berbasikal ke Kilang Bedak Sejuk

    Kuala Jalan Bharu, Balik Pulau

    Di Balik Pulau ini ada banyak aktiviti & tarikan yang boleh anda lawati selain sawah padi. Antaranya adalah berbasikal di sekitar perkampungan Kuala Jalan Bharu.

    Basikal boleh disewa di kawasan berhampiran.

    Ada satu buah kedai yang menyediakan khidmat menyewa basikal di Balik Pulau ini.

    Di Kuala Jalan Bharu ini kita boleh melawat kilang bedak sejuk yang dihasilkan sendiri oleh orang tempatan iaitu Syarikat Lean Seng Bedak Sejuk.

    Bedak sejuk akan dihasilkan di sini dari tepung beras, dan akan dijemur di tengah panas sehinggaa betul² kering sebelum dibotolkan dan dijual di pasaran.

    Banyak yang kita boleh tanya & belajar dari pakcik yang membuat bedak sejuk di sini. Perniagaan tradisi ini diwarisi turun temurun dari datuk hingga ke cucu sekarang ini

    Ini adalah pembuat bedak sejuk terakhir yang terdapat di Pulau Pinang. Selepas ini mungkin kita tidak akan jumpa lagi bedak sejuk yang menjadi nostalgia di waktu kecil.

    🍛Makan Tengahari: Ina Cafe, Jalan Sungai Pinang, Balik Pulau. Kos: RM10-15/orang

    Nak rasa suasana 'berkelah' makan nasi campur boleh cuba ke Ina Cafe yang terletak di Jalan Sungai Pinang. Lokasi dia betul² di tepi sungai!

    Sambil² makan boleh 'healing' dengar deruan air sungai yang sejuk ni. Rasa nak rendam kaki ja dalam air!

    Ina Cafe menyediakan lauk-pauk berasaskan menu kampung seperti gulai ikan, ulam-ulaman, sambal belacan dan bermacam lagi. Kalau mai lambat, memang tak banyak dah tinggal!

    Sekian sahaja sedikit perkongsian itinerary travel di Penang gaya bajet student. Sebenarnya tak banyak pun duit yang dipakai, dan banyaknya habis dekat makan sahaja. Sebenarnya untuk penginapan & makan, tak sampai RM200 pun bajet!

    Kalau korang ada bajet lebih, bolehlah melawat ESCAPE Penang ke, yang tu kena keluar modal lebih sikitlah. Hehe.

    Teruskan ikuti dan follow abang untuk lebih tips & info travel. Semoga bermanfaat!