• SMALL BEDROOM DECOR IDEAS

    SMALL BEDROOM DECOR IDEAS
    SMALL BEDROOM DECOR IDEAS
    SMALL BEDROOM DECOR IDEAS

    SMALL BEDROOM DECOR IDEAS
    SMALL BEDROOM DECOR IDEAS

    Hai salam guys! Aima disini 🥰

    Kali ni sis nak share deko bilik tidur kecil dengan katil queen. Kalau tengok posting sis sebelum ni, sis ada mention yang bilik kat rumah ni semua sama saiz. Ada 3 bilik tidur dan bilik ni je yang letak katil queen. Walaupun bilik ni kecil, lengkap dengan furniture basic iaitu katil, wardrobe dan rak.

    1) Pilih furniture yang simple dan minimalist. Sis pilih warna putih untuk ruang nampak lebih luas dan cerah. Design furniture pun plain je tak sarat dengan corak. Katil sahaja warna black untuk kontra dengan deko.

    2) Rak yang bertingkat sangat membantu untuk lebih penyimpanan barang. Pilih saiz yang bersesuaian dengan ruang supaya tidak nampak sempit.

    3) Untuk gantung kelengkapan solat, sis gunakan design rak yang slim dan space saving. Material dari steel dan wood. Warna yang soft dan aesthetic buat ruang nampak segar.

    4) Langsir yang ringan dan telus cahaya membantu ruang kekal cerah walaupun tidak buka tingkap.

    5) Karpet dengan warna senada memberi ilusi ruang nampak luas. Pilih material yang mudah dibersihkan dan lembut untuk lebih selesa ketika solat atau duduk.

    6) Pokok hidup membuatkan ruang kelihatan lebih fresh selain meneutralkan udara dalam bilik tidur. Pilih pokok indoor yang mudah dijaga dan tahan lasak.

    7) Cermin membantu memantulkan cahaya sekaligus memberi ilusi ruang lebih besar.

    8) Pilih cadar dengan warna cerah dan corak minimalist supaya ruang tidak nampak serabut dan kelihatan lebih luas.

    Itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Semoga membantu korang menghias bilik tidur ♥️