• [VIDEO] Jom bercuti ke Terengganu

    Terengganu terletak di pantai timur semenanjung Malaysia, antara negeri yang kaya dengan keindahan alam, Kali ini aku senaraikan beberapa tempat yang wajib dikunjungi kalau korang berpeluang untuk Explore ke negeri Terengganu.

    1. Pantai jambu Bongkok

    merupakan sebuah kampung yang terletak di tepi pantai yang dipenuhi pokok kelapa di sekitarnya, terletak di daerah Marang, Terengganu. Memiliki Keindahan yang tersendiri, dan menjadi tempat favorite bagi meraka yang suka mengambil gmbar landscape atau pon video.

    2. Air Terjun Janda mandi

    Terletak di daerah Kijal, Terengganu. menariknya disini kerana Air Terjun tersebut jatuh ke pantai , membuatkannya memiliki keunikan tersendiri.

    3. Air Yerjun Berdebu.

    Antara hidden Gem yang terdapat di terengganu, kerana lokasinya agak sukar untuk diakses,. Terletak di Hulu Dungun.

    4. Kampung Batangan

    Terletak di daerah Marang, di sini terdapat tempat menghasilan produk berasaskan Kelapa, sebagai contoh, Dodol daun palas, air tuak, dan sebagainya

    5. Tasik Kenyir

    Tasik buatan uang berkeluasan 38,000 hektar. Terletak di Hulu Terengganu bersempadan dengan negeri Kelantan di sebelah Barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan.